EYELINER bentuk mata menawan













Semua kaum Hawa mengimpikan untuk memiliki mata yang cantik dan menawan. Namun, tidak semua kaum Hawa yang bernasib baik. Ada yang mempunyai mata yang sepet, bulat dan menonjol. Bagaimana anda boleh membuatkan kaum Adam terpesona apabila melihat mata anda?? Dengan penggunaan EYELINER... Percayalah, menggunakan eyeliner dengan cara dan teknik yang betul mengikut jenis mata, ia mampu mencantikkan lagi mata anda.
Tidak semua kaum Hawa yang bijak dalam mengaplikasikan eyeliner dengan betul. Bagi mendapatkan sentuhan yang mengancam, anda patut mengenal pasti terlebih dahulu apakah jenis mata yang anda miliki. Perkara ini sangat penting untuk memastikan teknik yang digunakan semasa penggunaan eyeliner adalah betul dan bersesuaian dengan jenis mata.
1. MATA SEPET
-
Mata yang hampir tiada lipatan mata.
-
Bagi menampakkan lipatan yang nyata, anda perlu mengaplikasikan eyeliner di atas garis bulu mata.
-
Lukis eyeliner dengan garisan yang lebih tebal untuk menampakkan bentuk mata yang bundar ketika anda membuka mata.
-
Mulakan memakai eyeliner dari atas dan dari sudut dalam mata ke luar sudut mata. Lebarkan dekat hujung mata dan naikkan garisan sedikit ke atas.
-
Pilih eyeliner warna terang seperti warna coklat kerana mampu membuatkan mata yang agak tajam.
2.MATA BULAT

-
Sangat bertuah sekiranya anda memiliki bentuk mata bulat kerana anda bebas mengaplikasikan eyeliner dengan apa sahaja gaya seperti mata kucing, nipis dan tebal sesuai untuk muka anda.
-
Anda perlu pandai memilih eyeliner yang berkualiti agar tahan lama dan tidak mudah luntur.
-
Memandangkan mata sudah tersedia cantik, maka memakai eyeliner dengan nipis akan menjadikan anda kelihatan natural.
-
Untuk mendapatkan wajah yang lebih “hot”, anda boleh melukis garis panjang ke arah luar dan membuat bentuk sayap di hujung garisan.
-
Pada bahagian bawah mata pula, eyeliner boleh diaplikasikan dengan nipis untuk membuatkan hasil yang lebih menarik.
-
Sekiranya hendak pakai eyeliner yang tebal dengan gaya mata kucing, maka solekan harus dipakai dengan nipis agar mata menjadi tumpuan utama.
-
Hindari memakai eyeliner dengan tekstur yang terlalu tebal kerana mata anda akan kelihatan lebih besar.
3. MATA MENONJOL
-
Bentuk mata sebegini menonjol sedikit ke rongga mata dan disebabkan itu kelopak mata akan kelihatan sedikit besar.
-
Bagi menampakkan kelopak mata kelihatan kecil, eyeliner harus dipakai sedikit tebal pada bahagian atas bulu mata.
-
Bentukan garis dari sudut dalam ke luar, sesuai untuk mereka yang memiliki mata besar.


4. MATA SAYU DAN TURUN


-
Kebiasaannya, mata sebegini kelihatan turun pada bahagian hujung luar sehingga boleh menampakkan mata kelihatan lesu dan letih.
-
Eyeliner perlu diaplikasikan bagi menampakkan mata jenis ini kelihatan naik dan tegak.
-
Hujung luar garis mata perlu ditarik ke atas, manakala bahagian bawah pula gunakan eyeliner dengan garis yang nipis bagi membuatkan lebih tajam.
TREND RAMBUT LELAKI TERKINI
Lelaki tidak dapat dipisahkan dengan fesyen rambut. Rambut merupakan aset penting bagi menampakkan gaya seorang lelaki maskulin pada masa kini. Terdapat pelbagai fesyen rambut seperti undercut, side part, pompadour, top knot, man bun, messy dan banyak lagi. Bukan sahaja wanita yang mengikuti fesyen, sekarang ini lelaki juga mengikuti fesyen semasa dari segi pakaian, rambut, jam, kasut dan sebagainya. Hal ini menunjukkan manusia sudah mula peka dengan perubahan gaya fesyen dunia. Wajah yang bersesuian dengan gaya rambut tidak akan mencacatkan penampilan diri. Oleh itu, pentingnya pemilihan gaya rambut dengan bentuk wajah.
Style rambut Undercut merupakan gaya rambut potongan pendek dan nipis di tepi dan bahagian belakang kepala dengan rambut panjang di atas. Rambut ini panjang di atas tidak dapat diikat seperti Man Bun. Gaya potongan rambut klasik belah tepi dengan mempunyai garisan. Fesyen ini sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut lurus dan mengelombong dengan panjang menengah.
Style Pompadour ini mengambil rambut banyak di bahagian tengah dan dibahagian tepi di potong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Bahagian tengah disikat ke tepi untuk menghasilkan seperti gelembung ke depan. Gaya rambut ini lebih tipis di bahagian tepi dan bersambung dengan jambang dan janggut, manakala di bahagian tengah dibiarkan lebat dan beralun.
Style Man Bun ini gaya rambutnya seperti membuat sanggul, rambut dari dahi ditarik ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala. Gaya rambut ini sesuai bagi mereka yang mempunyai rambut panjang dan tebal.
Style Side Part merupakan gaya klasik dan konservatif. Gaya rambut pendek tetapi tidak nipis. Rambut akan disikat belah tepi. Rambut ini sesuai untuk semua jenis wajah dengan rambut yang lurus. Ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai rambut kerinting.
Style Messy ini adalah dengan rambut ala ala serabut tapi masih mengekalkan alunan gelembung rambut yang baik, gaya rambut ini dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi pada wanita. Rambut jenis ini bersesuaian bagi remaja yang ingin kelihatan elegent dan macho.
Style Top Knot ini merupakan kombinasi dua jenis stail rambut iaitu Undercut dan Man Bun. Rambut di bahagian tepi dipotong pendek dan nipis. Manakala rambut bahagian tengah dibiarkan panjang dan tebal. Cara ikat sama seperti Man Bun iaitu tarik rambut dari dahi ke bahagian belakang kepala dan diikat di bahagian tengah atau belakang kepala.
GAYA TUDUNG DI MUSIM PANAS
KEHILANGAN idea untuk menggayakan tudung anda? Kali ini kami memberikan anda cara pemakaian dan penggayaan shawl yang sesuai untuk anda gayakan mengikut citarasa anda. Fesyen ini amatlah sesuai digayakan semasa melakukan apa juga aktiviti harian anda.
Penggunaan selendang atau lebih dikenali sebagai “Shawl” dalam kalangan wanita muslimah telah berkembang dengan pesat dan pelbagai jenis pengayaan selendang telah tercipta. Dalam majalah ini, kami sediakan satu senarai fesyen shawl yang cantik dan menarik.
Tips untuk anda ketika cuaca panas, pilihlah warna tudung dan pakaian yang ceria dan terang kerana ia kurang menyerap cahaya matahari berbanding warna gelap. Selain itu, pilih juga pakaian dan tudung menyerap peluh.
TAMPIL ANGGUN DAN CANTIK GAUN
KEBAYA
Gaun kebaya pengantin muslim merupakan fesyen gaun pengantin yang sering dipilih oleh wanita Muslimah semasa hari bahagia mereka. Ya, ketika melangsungkan sebuah pernikahan, setiap individu pasti ingin mengenakan busana khas pengantin seperti busana kebaya moden. Bahkan, ia sesuai untuk digayakan mengikut adat orang Islam. Oleh itu, busana kebaya pengantin Muslim Syar’i dapat memberikan kesan yang moden saat dikenakan.
Pilihlah pakaian yang sesuai dan tidak terlalu ketat agar bentuk tubuh kita tidak terbentuk dan dilihat oleh orang lain. Jangan memilih kain atau fabrik yang jarang dan nipis. Untuk ukurannya, pilihlah kebaya pengantin yang memiliki ukuran panjang yang menutup tubuh pada bahagian belakang kita. Terdapat banyak pilihan kebaya pengantin dengan rekaan bahagian belakangnya menjuntai hingga ke lantai dengan rekaan yang lurus ataupun ruffle.
Namun, ada juga sesetengah pasangan pengantin yang mengenakan model busana yang lainnya seperti gaun kebaya pengantin muslim kombinasi. Konsep model kombinasi ini menyatukan konsep model kebaya dengan model gaun wanita khas Eropah. Pemilihan busana sebegini akan menjadikan pengantin itu lebih unik dan menyerlah, namun harga untuk busana ini tentu tidaklah murah. Ia setanding dengan kualiti yang ditawarkan.