5 APLIKASI SOSIAL TOP DI MALAYSIA
“Jejaring sosial adalah struktur sosial yang terdiri daripada elemen-elemen individua atau organisasi. Jejaring ini menunjukan jalan di mana mereka berhubungan karena kesamaan sosialitas, mulai dari mereka yang dikenal sehari-hari sampai dengan keluarga” – (Profesor J.A. Barnes, 1954)


Aplikasi ini memudahkan pengguna mengakses akaun Facebook dengan mudah. Ciri-ciri yang disediakan di dalam aplikasi ini memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan sahabat tanpa mengira waktu mahupun tempat. Facebook juga merupakan satu platform kepada pengguna untuk melakukan perniagaan secara online. Fungsi “messenger” di dalam Facebook memudahkan pengguna berinteraksi serta berhubung dengan kawan-kawan dan keluarga secara percuma
Merupakan media online bagi memuat naik video yang dirakam untuk tontonan semua secara percuma. Generasi muda kini lebih gemar menggunakan aplikasi ini untuk melihat pelbagai video serta mencari maklumat. Di samping itu, media ini membolehkan kita mempromosikan produk dan juga menyampaikan sesuatu maklumat secara meluas. Laman web ini menjadi antara salah satu media sosial yang paling banyak digunakan serta menjadi tempat kepada mereka yang ingin menambahkan pendapatan.

Sebuah aplikasi menyimpan gambar yang membolehkan pengguna mengambil foto dan berkongsi pengalaman dalam cara memuat naik gambar mahupun video. Satu ciri yang unik di Instagram adalah memotong gambar menjadi bentuk persegi, sehingga kelihatan seperti hasil kamera Kodak Instamatic dan Polaroid, dengan Instagram membantu anda dalam berkongsi gambar di rangkaian sosial, pengguna boleh bebas berkongsi gambar kepada sesama pengguna. Instagram boleh memuat naik gambar dengan menggunakan rangkaian internet secara percuma serta maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan cepat.

WhatsApp adalah aplikasi
pesanan segera yang
membolehkan kita untuk
menghantar fail, pesanan
suara, gambar, video serta
membuat panggilan telefon
dan juga boleh berinteraksi secara berkumpulan. ‘WhatsApp’ antara aplikasi messenger yang paling popular berbanding aplikasi messenger yang lain. Boleh dikatakan setiap orang yang menggunakan smartphone akan menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ‘WhatsApp’ ini tidak memerlukan kredit untuk penggunaannya, hanya memerlukan pakej data internet ataupun WiFi.


Sebuah jaringan maklumat yang terdiri daripada mesej 140 aksara yang disebut Tweet. Ini adalah sebuah cara baru yang mudah untuk mencari informasi terbaru atau apa yang sedang berlaku berkaitan dengan hal-hal yang anda gemari dengan lebih cepat. Twitter juga mudah untuk mengemas kini dan mempromosikan apa sahaja justeru pengguna bebas mengeksplorasi apa saja yang ada di kepala tanpa ada perasaan ragu-ragu. Bagi pengguna web yang biasanya mengakses twitter melalui desktop, sejak hadir dalam bentuk aplikasi, twitter secara langsung menduduki aplikasi popular pada masa kini.
GO PRO MENJADI PILIHAN REMAJA
Kebanyakan remaja kini suka berselfie tidak kira di mana sahaja mereka berada. Malah, ia dianggap sebagai trend remaja masa kini. Inovasi teknologi yang semakin canggih telah menjurus kepada perkembangan alat yang dicipta untuk merakam gambar dan juga video. Antaranya ialah GoPro yang menjadi pilihan dan kegilaan ramai remaja dalam menghasilkan gambar dan video. GoPro adalah sebuah kamera yang sangat sesuai digunakan ketika aktiviti lasak di luar. GoPro adalah sebuah jenama yang terkenal di dunia dan perkembangan kamera ini selaras dengan perkembangan dunia fotografi.
Kamera GoPro mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah GoPro Hero Digital, GoPro Digital Hero 3, GoPro Digital Hero 5, GoPro Digital Hero Wide, GoPro HD Hero 960, GoPro Hero3+, GoPro Hero+LCD dan GoPro Hero 5 Session.

-
Waterproof dan shockproof di kamera GoPro
GoPro adalah sebuah kamera yang berkalis air. Kamera GoPro juga bersifat tahan terhadap goncangan dan juga gegaran. Ini menyebabkan GoPro sangat fleksibel untuk digunakan dan diletakkan di pelbagai posisi sama ada di dalam air ataupun sebaliknya.
2. Saiz kamera GoPro yang kecil dan portable
Rangkaian jenis kamera GoPro direka dengan ukuran bentuk yang kecil berbanding dengan kamera biasa dan mudah untuk digenggam hanya dengan satu tangan. GoPro Hero 4 Session memiliki ukuran yang sangat kecil iaitu 50% lebih kecil daripada ukuran kamera GoPro yang lain. GoPro sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Mampu merakam gambar dan video yang berkualiti tinggi
Dari aspek kualiti gambar dan video yang dihasilkan, GoPro sememangnya layak mendapat pujian disebabkan kualitinya yang tinggi. Sebagai contoh, kamera GoPro Hero 4 Black Edition mampu menghasilkan gambar sehingga kualiti 4K dengan 30 FPS (Frame per Second) dan juga dapat merakam video dengan 120 FPS. Fungsi FPS adalah untuk membuat video yang mempunyai pergerakan yang perlahan. Kamera ini setara dengan kamera DSLR.


4. Mendapat sokongan dengan sambungan Wi-Fi
Kemudahan memindahkan fail sudah pasti menjadi perkara utama bagi produk elektronik khususnya kamera. Begitu juga dengan kamera GoPro yang mempunyai pilihan untuk memindahkan sebarang fail secara terus melalui Wi-Fi ke telefon pintar. Ketersediaan sokongan perisian yang lengkap, terutamanya mobile Apps untuk iPhone, Android dan Windows Phone. Hal ini memudahkan pengguna kamera GoPro.
Kelebihan yang ada pada kamera GoPro ini menyebabkan mudah diminati oleh golongan remaja yang mempunyai hobi merakam gambar dan juga video. Remaja kini lebih suka mengambil gambar ke mana sahaja mereka pergi dan memuat naik pada laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga WeChat.
ENAM KEUNIKAN IPHONE 7
KALIS AIR
-
Keunikan kalis air dan juga debu.
-
Boleh digunakan dalam apa jua
-
Mampu bertahan sedalam 1 meter
di dalam air selama 30 minit.

BEBAS BUTANG “HOME”
-
Tidak mempunyai butang “home”.
-
Digantikan dengan butang berbentuk statik (dijana menggunakan Taptic Engine)
-
Memberi tindak balas seumpama pengguna menekan butang apabila meletakkan jari pada
butang tersebut.


KAMERA
Kamera belakang:
-
12 megapixel - aperture f/1.8
-
Mendapat sokong daripada
penstabil imej-optikal dan Flash
empat-tona.
-
6 elemen lens yang membantu
mencerahkan gambar.
Kamera hadapan :
-
Sensor 7 megapixel.

BATERI
Iphone 7
-
Bertahan selama 14 jam (wifi)
-
Bertahan selama 12 jam (4G)
Iphone 7 plus
-
Bertahan selama 15 jam (wifi)
-
Bertahan selama 15 jam (4G)
LIGHTNING PORT
-
Tidak mengunakan
audio jack sebaliknya
menggunakan lightning port
-
Kegunaan: Mengecas
smartphone tersebut.


AIRPOD’S
-
Earphones tanpa wayar (wireless)
-
AirPod’s yang boleh dibeli secara berasingan.