PANDELELA RINONG, RATU TERJUN NEGARA.

Pandelela Rinong anak Pamg merupakan atlet sukan terjun negara Malaysia. Beliau mula dikenali ramai setelah mencatat sejarah pada temasya sukan Olimpik Musim Panas London tahun 2012. Pandelela adalah wanita pertama membawa bendera di Upacara Pembukaan sukan berprestij tersebut. Beliau telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform wanita. Pencapaian tersebut merupakan sejarah bagi Malaysia kerana beliau adalah atlet wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik. Pada 10 Ogos 2016, beliau mewakili negara dalam Sukan Olimpik Musim Panas Rio de Janiero dan sekali lagi mencatat sejarah apabila memenangi pingat perak acara terjun 10 meter berpasangan wanita bersama Cheong Jun Hoong. Sempena kejayaan tersebut, kerajaan Sarawak telah menukar nama Pusat Akuatik Sarawak kepada Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Pandelela lahir pada 2 Mac 1993, keturunan Bidayuh dan berasal dari Kampung Jugan, Bau, Sarawak. Pada usia 7 tahun, beliau telah dirpilih untuk menjadi perenang negeri Sarawak dan melanjutkan latihan sebagai perenang di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kejayaan beliau pada usia remaja patut dijadikan contoh kepada para remaja di Malaysia agar sentiasa berusaha, jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu dan sentiasa berfikiran positif dalam perkara yang dilakukan.
Pandelela meraikan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Musim Panas London tahun 2012.
Pandelela dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Musim Panas Rio de Janiero.

Pandelela Rinong Pamg menjadi ikon remaja dalam bidang sukan.

Pandelela semasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

-
Pingat Perak di Sukan Olimpik Rio de Janiero 2016, 10m synchro platform
-
Pingat Gangsa di Sukan Olimpik London 2012, 10m platform
-
Pingat Perak di World Series Moscow 2011, 10m platform
-
Pingat Perak di World Series Beijing 2011, 10m synchro platform
-
Pingat Perak di Universiade Shenzhen 2011, 10m platform
-
Pingat Perak di Youth Olympics Singapura 2010, 10m platform
-
Pingat Gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2010, 10m synchro platform
-
Pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010, 10m platform
-
Pingat Emas di Sukan Asia Tenggara Vientiane 2009, 10m synchro platform
-
Pingat Gangsa di Kejohanan Dunia Rom 2009, 10m synchro platform
-
Pingat Emas di Sukan Asia Tenggara Nakhon Ratchasima 2007, 10m synchro platform
ANTARA KEJAYAAN PANDELELA RINONG:
Sekiranya anda seorang yang aktif “game players’’ sudah pasti anda mengetahui tentang permainan Bubble Ball. Sedikit trivia, pengasas permainan ini, Robert Nay, hanya berumur 14 tahun ketika mencipta aplikasi permainan ini. Beliau hanya mengambil masa selama sebulan untuk menyelesaikan coding bagi aplikasi ini. Bubble Ball telah dilancarkan pada Disember tahun 2010.
Robert telah melakukan semua coding dengan bantuan ibunya iaitu Kari Nay yang turut bekerjasama dengan Robert untuk merangka beberapa level permainan.
Bubble ball merupakan permainan teka-teki dan strategik yang melibatkan prinsip dan konsep fizik. Cabaran pemain dalam permainan ini ialah mereka perlu menggunakan objek dan graviti untuk mengerakkan bola ke destinasi.
Bubble Ball, telah dimuat turun lebih dua juta kali dalam tempoh hanya dua minggu selepas pelancaran. Pada bulan Januari 2011, bubble ball telah melepasi 16 juta muat turun sekaligus memecahkan rekod permainan Angry Birds sebagai permainan percuma yang paling banyak dimuat turun di Apple Store.
Anak muda yang berasal dari Spanish Fork, Utah, ini ditemu bual dalam beberapa rancangan bual bicara yang terkenal. Contohnya, Good Morning America dan juga BBC. Selepas berjaya mencipta permainan bubble ball, Robert kini terus mencipta permainan baru di bawah syarikat dan jenamanya yang tersendiri iaitu Nay Games.
Robert Nay merupakan contoh yang baik kepada para remaja di luar sana bagi menyedarkan bahawa umur bukanlah penghalang untuk mengejar impian.
Jadi tunggu apa lagi. Ayuh muat turunkan permainan yang mencabar minda ini sekarang. Anda boleh muat turun aplikasi permainan ini di Google Apps Store dan Apple Store secara percuma.

Pengasas Bubble Ball, Robert Nay

Bubble Ball boleh dimuat turun secara percuma di Google Apps Store dan Apple Store
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Pendebat Terbaik Asia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan siswa tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa (UIIM), Gombak, Kuala Lumpur yang membanggakan Malaysia. Beliau memenangi Asia's Best Speaker Award selama tiga kali berturut-turut. Syed Saddiq, anak kedua dari empat orang adik-beradik, mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu. Selain itu, pasukan debatnya juga menempatkan universiti itu pada kedudukan ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35. Manakala, tahun ini menandakan lima tahun Syed Saddiq berkecimpung dalam dunia perdebatan dan lebih membanggakan adalah Syed Saddiq turut meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford inter-varsities pada 2012-2014


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ceritanya ketika menceburi bidang pendebatan ini, beliau merupakan seorang pemalu di awal penglibatannya dan hanya ibunya sahaja yang melihat rakaman video pertandingan debat yang disertainya. Beliau berkata lagi, beliau kurang dalam pengetahuan am dan fakta-fakta penting dalam perbahasan serta kurang beryakinan ketika menyampaikan hujah. Namun begitu, ia bukan menjadi penghalang baginya untuk meneruskan dalam bidang ini. Hari demi hari beliau terus mempelajari dan menguasai ilmu pendebatan dengan menyampaikan hujah-hujah perbahasan dengan penuh keyakinan.
Tanpa disangkal lagi, nama Syed Saddiq melonjak naik lebih-lebih lagi setelah dia dianugerahi gelaran pendebat terbaik sebanyak tiga kali. Ini secara tidak langsung, menjadi batu loncatan kepada Syed Saddiq dikenali ramai di Malaysia. Selain rajin mendapatkan fakta-fakta baru, Syed Saddiq turut menekankan bahawa persediaan awal juga aspek penting menjadi pendebat terbaik. Katanya, tak kira penat atau malas, melakukan kajian tentang sesuatu topik itu amat penting dan baginya juga perdebatan bukan mengenai perbalahan dalam bilik tetapi ia lebih kepada mencari penyelesaian masalah dunia.
Syed Saddiq menunjukkan trofi kemenangannya bersama rakan perjuangannya

Syed Saddiq ketika menyampaikan hujah perdebatannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIIM), Gombak, Kuala Lumpur
“Pendebat yang baik perlu ada ciri-ciri keyakinan, fasih bertutur dan yang paling penting ialah bijak” katanya lagi. Justeru itu, Syed Saddiq sentiasa melatih dirinya bagi mempertajamkan kemahiran berdebat beliau. Menurut beliau lagi, biarpun telah dianugerahi pelbagai gelaran dan anugerah besar, ia tidak bermakna dia perlu berlagak sombong. Merendah diri itu perlu dikuasai.