top of page

IMAGINASI MERANSANG MINDA REMAJA

Ramai di antara remaja yang merasakan diri mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran dan kelebihan berbanding dengan rakan yang lain. Malah ada juga remaja yang menjadi pendiam kerana menganggap diri mereka tidak bagus dan tidak layak untuk mempunyai rakan. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa imaginasi merupakan salah satu cara bagi merangsang minda mereka bagi mencipta sesuatu yang luar biasa. Imaginasi juga membantu seseorang menjadi lebih yakin.

Imaginasi merupakan bayangan pemikiran dan mempunyai kekuatan yang hebat sehingga mampu mengubah seseorang individu menjadi seorang yang berlainan. Kekuatan imaginasi ini kemudiannya dihubungkan ke dalam minda dan membolehkan mereka membayangkan sesuatu perkara yang di luar jangkaan.

Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan perkara yang boleh kita lihat dan juga dengar. Pada era globalisasi kini, remaja menghadapi persaingan yang sengit bagi membolehkan mereka menonjol keunikan dan kemahiran yang ada pada diri sendiri . Imaginasi juga memberi impak yang besar kepada remaja masa kini untuk menghadapi masa hadapan.

Remaja masa kini mudah berputus asa tanpa berusaha dan mula memikirkan langkah atau inisiatif baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Imaginasi yang baik dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dengan mudah. Antaranya ialah apabila seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik, mereka mampu mencipta formula yang ringkas dan padat  bagi menyelesaikan masalah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi mereka seiring dengan rakan-rakan yang lain.

Sekiranya seseorang itu berfikiran kreatif dan sering berimaginasi, ini bukanlah sesuatu perkara yang sia-sia. Mereka mampu menjana idea melalui imaginasi yang terhasil dan ini juga mampu mengurangkan masalah kurang keyakinan diri secara tidak langsung. Golongan muda dapat boleh memulakan perniagaan atau menjual sesuatu produk dengan idea yang terhasil melalui imaginasi mereka.

4 TIPS KEKAYAAN MELALUI

SIMPANAN USIA MUDA

     Hutang merupakan perkara yang wajib dielak oleh golongan muda. Kebanyakan golongan muda begitu boros ketika berbelanja. Mereka terlampau mengikut telunjuk nafsu dan kehendak ketika membeli sesuatu barangan. Keadaan ini berlaku kerana, mereka tidak memikirkan kesan kesuntukkan wang pada masa akan datang. Akibatnya, berlaku masalah kewangan sehingga memaksa mereka berhutang. Pada masa kini, golongan muda telah dibebani dengan pelbagai jenis    hutang. Salah satu hutang tersebut adalah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang digunakan oleh mereka untuk menyambung pengajian. Kesan kegagalan mereka menyelesaikan hutang boleh menyebabkan golongan muda menghadapi masalah muflis pada usia yang muda. Oleh itu,   golongan muda ini perlu berfikiran lebih matang dalam menguruskan kewangan mereka. Berikut terdapat beberapa tips untuk menyimpang wang.

Menghapuskan hutang merupakan jalan terbaik untuk menyimpan wang. Duit simpanan yang digunakan setiap bulan untuk membayar hutang akan mengganggu proses menyimpan wang. Jadi, selesaikan hutang terlebih dahulu untuk memudahkan proses penyimpanan wang tersebut.

Setiap simpanan perlu mempunyai matlamat. Melalui matlamat yang telah dicipta dapat memberikan suntikan motivasi kepada seseorang untuk menyimpan wang. Contohnya, simpanan untuk membeli kereta idaman. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan cuba menetapkan matlamat simpanan untuk setiap bulan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Belajar untuk kedekut dengan diri sendiri. Melalui langkah ini, seseorang dapat mengurangkan perbelanjaan. Kadang kala nafsu untuk membeli sesuatu barang itu hadir tanpa diduga. Walaupun barang tersebut sudah diperolehi, namun perasaan untuk membeli itu tetap masih ada. Berdasarkan keadaan ini, seseorang itu harus berfikiran lebih jauh dan belajar untuk kedekut terhadap diri sendiri.

Melalui pembinaan bajet anda akan dapat mengetahui berapakah wang yang seharusnya dibelanjakan pada  setiap hari. Bajet    hendaklah dibina dalam jangka masa sebulan. Bagi mereka yang sudah memiliki pendapatan sendiri, 10% daripada gaji anda perlu diasingkan supaya anda akan lebih disiplin dalam menyimpan. Melalui kaedah pengasingan wang ini, anda telah membayar sebanyak 10% kepada diri anda sebelum membuat perbelanjaan lain.

1. Hapuskan hutang

2. Fokus Kepada Matlamat Simpanan

3. Kedekut Dengan Diri Sendiri

4. Rancang Bajet dan Bayar diri Sendiri dahulu

IKON USAHAWAN REMAJA BERJAYA

A’tikah Ash’ari adalah salah seorang ikon usahawan remaja yang  berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau merupakan pemilik butik tudung berjenama ‘Radiusite’. Beliau menjejakkan kaki dalam dunia perniagaan semasa belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Bermodalkan RM50 sebagai permulaan perniagaan dengan bantuan suaminya yang gigih mencari dan membeli tudung pelbagai fesyen terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Kurangnya persaingan dalam perniagaan tudung membuka peluang kepada beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya. Lama-kelamaan tudung berjenama ‘Radiusite’ ini mula mendapat sambutan dalam kalangan wanita kerana fesyen tudung ini direka mengikut perkembangan fesyen terkini.

Apabila perniagaan tudungnya telah berkembang maju, belia berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan akhirnya beliau menjadi seorang usahawan muda yang berjaya. ‘Radiusite’ kini telah mempunyai empat cawangan, iaitu di sekitar Johor Bahru, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Rawang. Usaha yang berterusan dan semangat yang kuat membolehkan A’tikah Ash’ari menjadi usahawan wanita muda yang berjaya. Beliau membuktikan bahawa setiap usaha yang dilakukan mesti membuahkan hasil dan membawa kejayaan pada masa akan datang.

  • Perniagaan jual produk herba

  • Perniagaan jual e-book online

  • Perniagaan jual barang antik

  • Perniagaan khidmat mengurut

  • Perniagaan tudung

  • Perniagaan kedai runcit

  • Perniagaan beli dan jual barang

  • Perniagaan biskut homemade

  • Perniagaan kek

  • Perniagaan khidmat penghantaran

  • Perniagaan barang kosmetik wanita

  • Perniagaan cetak t-shirt

  • Perniagaan ubat tradisional

  • Perniagaan kraf tangan rotan

  • Perniagaan dobi

20 IDEA PERNIAGAAN KECIL

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN 

- Menjana idea tentang perniagaan yang ingin diceburi  

- Membuat penyelidikan tentang business

- Membuat pelan perniagaan

- Mengenal pasti sasaran pasaran

- Memulakan perniagaan dengan

modal yang    paling rendah

- Hadiri latihan & berjumpa dengan orang yang berjaya

- Mengenal pasti peluang

- Fahami asas memulakan perniagaan

bottom of page