MAKANAN GANDUM (OAT)
Keinginan untuk mengambil snek pada waktu pagi disebabkan oleh penurunan kadar gula di dalam darah. Makanan bijirin seperti gandum yang kaya dengan serat ini amat sesuai untuk kekal lama di dalam tubuh manusia. Bijirin gandum ini juga bertindak sebagai makanan pembakar lemak kerana ia mampu menurunkan tahap kolestrol.
PERHATIAN: Elakkan mengambil bijirin gandum yang mempunyai kandungan gula dan pewarna yang tinggi. Pilih gandum yang asli dan memaniskannya dengan buah beri.
MAKANAN PEMBAKAR LEMAK


BADAM DAN KACANG-KACANGAN
Badam adalah salah satu makanan yang dapat mengempiskan perut. Orang yang mengamalkan makanan seperti kekacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang mengambil nasi. Hanya 24 biji badam sehari, untuk mengisi perut yang lapar tanpa merisaukan kadar kalori yang berlebihan untuk tubuh badan.
PERHATIAN: Elakkan mengambil kekacang yang masin bagi menghindari masalah tekanan darah tinggi.

MINYAK ZAITUN
Setiap orang memerlukan sedikit kandungan lemak untuk mengawal tahap kelaparan. Lemak yang baik seprti minyak zaitun atau minyak lobak dapat membantu mengawal tahap kolesterol di dalam badan dan menghilangkan rasa lapar.
PERHATIAN: Elakkan minyak sayur-sayuran yang bercampur dengan hidrogen, kerana ia tinggi dengan kandungan lemak yang tidak sihat.
TELUR
Telur kaya dengan vitamin B12 dan sangat diperlukan oleh badan manusia untuk membantu proses pemecahan karbohidrat, protein, serta lemak dalam badan kepada unit yang lebih kecil. Orang yang mengamalkan pengambilan telur pada setiap pagi hari akan kehilangan berat badan dengan lebih cepat berbanding dengan orang yang tidak memakan telur.
PERHATIAN: Elakkan mengambil kuning telur yang belebihan kerana ia akan meningkatkan tahap kolestrol dalam badan.

DAGING TANPA LEMAK DAN IKAN
Badan manusia akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan protein berbanding karbohidrat dan lemak. Ayam Belanda merupakan contoh terbaik bagi daging tanpa lemak. Ikan Tuna dan Salmon juga kaya dengan omega-3. Khasiat ikan ini dapat mencerdaskan otak, meningkatkan hormon dan yang paling penting mampu menurunkan berat badan.
PERHATIAN: Daging awet dan sosej mempunyai banyak lemak tepu.


MENTEGA KACANG
Siapa sangka makanan kegemaran kanak-kanak ini sebenarnya adalah makanan kegemaran untuk pinggang juga. Mentega kacang yang penuh dengan vitamin b3 dapat membantu sistem penghadaman untuk beroperasi dengan lancar dan mencegah masalah perut buncit. Dengan kandungan lemak yang agak tinggi, pastikan anda mengambil tidak lebih daripada 2 sudu besar sehari.
PERHATIAN: Pilih mentega kacang yang semula jadi tanpa mengandungi gula tambahan.
SUKAN LASAK REMAJA
AKTIVITI : Hiking merupakan satu aktiviti atau trend sukan lasak remaja pada era globalisasi ini. Aktiviti ini tidak mengambil kos yang tinggi untuk dijadikan sebagai aktiviti utama. Di Malaysia, terdapat banyak tempat menarik untuk dijadikan platform bagi menjalankan aktiviti sukan lasak ini. Hiking juga boleh dikatakan sebagai satu aktiviti yang dapat dijalankan bagi meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dan juga rakan.

Mendaki Gunung (Hi-king)


Lokasi Bukit Tabur, Taman Melawati, Selangor selalu menjadi tarikan anak muda untuk melakukan sukan hiking. Aktiviti Hiking di Bukit Tabur agak mencabar kerana anak muda perlu mendaki gunung yang tinggi bagi mencapai sudut yang tertinggi iaitu high peak. Cabaran yang perlu dihadapi agak tinggi kerana perlu mengharungi gunung yang agak berbahaya. Bukit Tabur ini mempunyai dua jalan iaitu ke Tabur Timur dan juga Tabur Barat. Namun hikers suka menjalankan hiking mereka pada waktu subuh kerana berpeluang untuk melihat pemandangan matahari terbit.


Bukit Tabur
Bukit Broga
Bukit Broga : Bukit Broga terletak di Semenyih,Selangor dan akan menjadi pilihan trek kepada remaja yang baru mula belajar tentang hiking kerana kawasan ini tidak seberapa mencabar bagi anak muda. Trek ini boleh dikatakan sebagai destinasi hiking kepada begginners kerana mereka boleh mengetahui atau belajar tentang langkah menguatkan fizikal. Trek ini juga mempunyai beberapa puncak .

Senaman Jalanan atau dikenali sebagai Street Bar merupakan senaman fizikal bagi remaja zaman kini. Senaman ini dapat mengurangkan kos di samping dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskukar dan membina otot tanpa menggunakan ubat sampingan. Aktiviti ini dikategorikan sebagai senaman kalistenik untuk membentuk tona otot dan juga fizikal.
Kemudahan ini terdapat di sekitar taman perumahan atau di taman rekreasi awam.
Sukan Street Bar ini berasal daripada negara barat, namun pada zaman kini sukan ini menjadi popular di Malaysia.
Senaman ini mempunyai senaman asas seperti tekan tubi, mendagu, pull up, squat dan crunches. Senaman ini hanya memerlukan teknik yang betul dan mampu menguatkan tubuh badan remaja. Street Bar kini boleh dilakukan oleh lelaki dan juga perempuan.
Senaman Street Bar
Dunia sukan permotoran motorcross ini menjadi sukan lasak bagi remaja masa kini. Remaja berminat terhadap sukan ekstrem ini kerana dapat belajar untuk menyakinkan diri dan berani untuk menyahut atau berhadapan dengan cabaran dalam sukan.


Melalui aktiviti sukan lasak ini, remaja mampu menimba pengalaman baru dan juga belajar tentang kemahiran mengendalikan motor. Sukan motorcross ini memerlukan tumpuan dan keberanian oleh seseorang remaja agar dapat memberikan sepenuh tumpuan ketika mengharungi trek yang berlumpur dan mula mengetahui tentang teknik untuk mengimbangi diri diatas puncak bukit bersama dengan motor yang di tunggang.
Sukan motorcross ini mampu menggelakkan anak muda daripada gejala lumba haram di jalan atau juga terjebak dalam gejala negatif. Selain itu sukan motorcross juga dapat mengharumkan nama negara
sekiranya bertanding di tahap yang lebih tinggi.
Sukan Motorcross
Aktiviti sukan Go-kart merupakan sukan bermotor yang diminati oleh remaja kini. Sukan lasak ini menjadi ikutan remaja di seluruh dunia. Sukan ini mampu menarik minat remaja di dunia sukan permotoran kerana dapat meningkatkan ketahanan diri seseorang remaja. Sukan lasak ini juga dapat melatih diri dari aspek mental dan juga fizikal ketika menghadapi cabaran di atas litar lumba.

Go-Kart

Sukan go-kart dapat memberikan remaja satu pengalaman yang baru dan juga dapat dimanfaat pada masa yang akan datang. Aktiviti sukan go-kart ini dapat memupuk semangat remaja dalam kesukana dan belajar untuk bekerjasama dengan ahli perlumbaan lain.
Inginkan kulit nampak cantik dan berseri? Sudah pastinya setiap wanita mengimpikan kulit yang kelihatan anjal, cantik dan gebu kerana ia akan sentiasa membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi. Oleh itu, pengambilan vitamin sangat penting dalam menjaga keserian wajah.
“ TIPS MERAWAT KECANTIKAN WAJAH ”

-
Pengambilan Vitamin

Vitamin C merupakan antiosidan yang mampu melawan penuaan sel kulit. Vitamin C juga dapat menyekat pigmentasi pada kulit. Pigmentasi muncul apabila terhasilnya jeragat.
-
Melancarkan peredaran darah
-
Kulit kelihatan lebih segar
-
Mencegah jerawat pada wajah dan badan
-
Kulit lebih cerah sekata

Vitamin E adalah kolagen yang mampu membuatkan seseorang nampak lebih awet muda berbanding usia sebenarnya. Vitamin E juga merupakan salah satu kombinasi vitamin yang membuatkan kulit kelihatan semakin cantik.
-
Melambatkan penuaan
-
Mengurangkan kedutan wajah / mengekalkan keremajaan kulit
-
Melindungi kulit dari sinaran ultra-ungu
-
Menjaga kelembapan kulit
Cara-cara Penjagaan Kulit Wajah

1. Cuka epal (2 biji)
- Masukkan dalam bekas kecil
2. Tepung Gandum (sesudu besar)
- Gaulkan bersama cuba tersebut lalu disapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit.

1. Aloe Vera/Yogard/Jus timun
- Campurkan kesemua bahan lalu sapukan serata muka dan biarkan selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.



1. Pisang/Madu/Serbuk kunyit
- Dihancurkan bersama
- Lumurkan rata pada seluruh wajah
-Tunggu selama 20 minit dan pastikan wajah dicuci semula dengan bersih.
1. Susu segar/Kobis
- Rebus secawan susu segar bersama beberapa helai daun kobis
- Lalu tunggu sehingga susu tersebut sejuk.
- Lumurkan pada wajah selama 20 minit dan bilas wajah dengan air bersih.
1. Baking soda
- Ambil sesudu besar
2. Air
- Campurkan baking soda bersama air hingga sebati dan sapukan pada muka selama 10 minit lalu cuci muka sehingga bersih.
1. Susu tepung/Susu segar
- Hanya 2 sudu kecil sahaja
- Digaul dengan sebati
- Sapukan pada wajah hingga kering lalu basahkan tangan dan gosok seluruh wajah secara lembut serta bilas semula dengan air suam.
